PPZ-MAIWP
Berzakat Menyucikan Harta & Jiwa
5/20/2010
5/07/2010
PPZ-MAIWP: Rakan Facebook PPZ
Hadiah "MISTERI" kepada RAKAN "GROUP" fb PPZ YANG KE 1000 ! Jika anda orangnya, PPZ akan menghubungi anda melalui inbox facebook anda. CEPAT! Jangan lepaskan peluang untuk MENJADI RAKAN PPZ !!! Jemput sahabat handai, rakan taulan, dan kaum keluarga... anda, mungkin mereka orang yang ke 1000 !!!
Rakan Facebook PPZ
Hadiah "MISTERI" kepada RAKAN "GROUP" facebook PPZ YANG KE 1000 ! Jika anda orangnya, PPZ akan menghubungi anda melalui inbox facebook anda. CEPAT! Jangan lepaskan peluang untuk MENJADI RAKAN PPZ !!! Jemput sahabat handai, rakan taulan, dan kaum keluarga... anda, mungkin mereka orang yang ke 1000 !!!
5/03/2010
Hukum Membayar Zakat Kepada Keluarga Terdekat
Seperkara yang sering menjadi persoalan khasnya di kalangan pembayar zakat adalah mengenai keharusan membayar zakat kepada keluarga terdekat terutama ibu bapa atau anak sendiri. Menurut fatwa oleh Syeikh Abdul Aziz bin Baz Rahimahullah, bahawasanya zakat TIDAK BOLEH dibayar atau diniatkan untuk diberikan kepada golongan-golongan berikut dari kalangan ahli keluarga :
· Al-Usul - Terdiri dari golongan Ayah, Ibu, Datuk, Nenek dan ke atas samada lelaki atau perempuan sebagaimana dalam kategori ilmu Faraidh.
· Al-Furu’ – Terdiri dari golongan anak lelaki atau perempuan, cucu lelaki atau perempuan dan ke bawah sebagaimana dalam kategori ilmu Faraidh.
· Suami kepada isteri.
Mereka ini tidak boleh diberikan sesuatu pemberian dengan niat membayar zakat harta kerana mereka adalah dalam kategori yang wajib diberi nafkah. Justeru, jika dinkiatkan zakat, maka akan terbatal niat tersebut kerana yang wajib ke atas mereka adalah nafkah dan bukannya zakat walaupun termasuk dalam kategori asnaf yanf berhak menerima zakat.
Akan tetapi sekiranya asnaf itu terdiri dari kalangan adik-beradik, bapa atau ibu saudara, sepupu, ipar duai dan seumpamanya ataupun dari seorang isteri kepada suaminya, maka mereka boleh menerima zakat daripada kita kerana bukan dari kategori yang berhak diberi nafkah wajib.
Istiqamah Menempah Barakah
Wallahu A’alam.
Posted by zubaralhadid

5/02/2010
5/01/2010
SYARAT-SYARAT UMUM WAJIB MEMBAYAR ZAKAT
Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.
Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.
Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.
Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 9300 (bergantung kepada harga semasa emas)
Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.
Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.

4/30/2010
Golongan yang layak menerima zakat
Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.

4/29/2010
SELAMAT DATANG KE BLOG PPZ-MAIWP
Assalammualaikum W.B.T
Blog Pusat Pungutan Zakat MAIWP ini adalah alternatif informasi kepada semua lapisan masyarat untuk memberikan pandangan, maklumat & maklumbalas kepada Pusat Pungutan Zakat MAIWP.

Langgan:
Ulasan (Atom)